Thursday, September 08, 2011

Interview Biasiswa

Assalamualaikum w.b.t



Hye semua!


Hari ini just nak cerita time aku pergi interview biasiswa. Dah nak habis belajar barulah nak mintak biasiswa. Dalam pukul 2 pm ngah syok-syok makan fries kat McD ngan family tetibe aku dapat call. aku pun angkat lah..

Aku : Hello, assalamualaikum.
Kerani : Hello, waalaikumussalam. Ni Liyana ke? Ni Kak Amalina dari Yayasan Munarah. Adik free tak petang ni? Ingat akak nak letak nama adik interview biasiswa petang ni dalam kul 3 ptg.
Aku : Ye, ni Liyana. Boleh, saya free. Nak kana pakai baju apa ea kak? 
Kerani : Pakai baju yang sopan lah. Akak letak nama Liyana kul 3.15 ye. Terima kasih. Bye.
Aku : Okay! Sama-sama. Bye.

Tak nak cuak pulak kan aku. Gelabah kot. Dahlah tak prepare pape. Baju tak gosok lagi. Terus je aku tak ada selera makan. Haha.. Cepat-cepat balik rumah. Salin baju. Nervous tak payah ingat lah kan. Sampai je kat Royal Adelphi Hotel, dup dap dup dap jantunh aku.

Yayasan Munarah ni macam tabung pendidikan kerabat diraja NS lah @ bantuan pendidikan untuk anak-anak Negeri sembilan. Dan yang paling penting salah seorang interviewer nya adalah YAM Tunku Zain Al'Abidin Ibni Tuanku Muhriz tapi waktu aku hari itu Datuk Fuad yang interview aku. Semuanya berjalan lancar. Insyaallah dapat biasiswa tu. Bak kata Datuk Fuad result aku kena maintain every sem kalau tak dia tarik balik biasiswa tu. Hehe..


Yang kanan sekali lah YAM Tunku Zain Al'Abidin Ibni Tuanku Muhriz


Burbyez semua!


3 comments:

Aliana Ruhizat said...

fuyooooo hensemmm. hahaha

HoNeYMaNjE (◡‿◡✿) said...

Aliana : tau takpe =)

adieya ahmad said...

awak, nak tanye Datuk Fuad tu garang tak? tegas ehh?