Thursday, August 25, 2011

Resepi Sotong Cinta Sayang


Assalamualaikum w.b.t

Hari ini nak share satu resepi untuk buka puasa nanti. Resepi 'Sotong Cinta Sayang'. Gempak kan nama masakan ni. Kau hado?? Hehe..resepi dari my mum. Sedap tau rasa macam ala-ala rendang gitu.


Bahan-bahan :

1) 6 ekor sotong
2) 5 biji bawang merah (dikisar)
3) 3 ulas bawang putih (dikisar)
4) Sedikit halia (dikisar)
5) Sedikit kunyit hidup (dikisar)
6) 1 batang serai (dikisar)
7) Cili mesin / cili boh
8) 1 keping asam gelugur / asam keping
9) 2 cawan santan pekat
10) Sedikit minyak, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya


Cara-cara membuat :

1) Bersihkan sotong, buang kulit luarnya dan sumbatkan kepalanya ke dalam badan sotong (optional). Nak potong-potong sotong tu pun boleh. My mum potong-potong sotong tu.

2) Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.

3) Masukkan santan pekat, biarkan mendidih dan kuah agak pekat.

4) Masukkan sotong, asam gelugur, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

5) Bila kuah agak pekat, angkat dan hidangkan.

dan

inilah hasilnya..

...

..

.




Selamat mencuba semua. =)


Burbyez semua!


No comments: