Monday, August 15, 2011

Puding Laici


Assalamualaikum w.b.t


Lama tak menghapdate belog ni. Lately, aku tak sehat sikit. Mula-mula ingatkan kena demam denggi. Then, after ambil darah, rupa-rupanya demam virus. Teruk lah jugak. Demam seminggu + tiada selera makan + sakit-sakit belakang and sendi + ada bintik-bintik merah seluruh badan + kepala sakit macam nak hentak kepala kat dinding. Haha! Then, alhamdulillah dah sehat. Tinggal ada bintik-bintik merah je. 

Sekarang ni tinggal kan semua kisah duka daku itu. Haha! Kita cerita pasal puding laici. Bulan-bulan puasa ni lagi berselera bila nak buka puasa tu kan ada dessert. Hehe.. Nyum2.. Puding laici ni senang je kalau nak buat. Tutup mata pun boleh buat. Haha! Ok, aku tipu.. Kalau tutup mata buat tak jadi puding laici, jadi puding kirai! Huhu.. Resepi asalnya di sini. Kak Rai ni memang pandai masak.

Jom! Mari bersama-sama bersilat di dapur!

PUDING LAICI

Bahan-bahan :

2 tin laici (asingkan air & buah)

1 paket agar-agar strip 28 gm @ 10 gm agar-agar serbuk

1 tin susu cair (any brand) - 400mL -

2 cawan gula

2 liter air


Cara-cara membuatnya :


1) Basuh bersih agar-agar dan toskan. Masakkan agar-agar bersama 2 liter air sehingga larut dan mendidih.

2) Masukkan gula selepas semua agar-agar tadi telah larut. Biarkan mendidih.

3) Kemudian, tutupkan api. Masukkan air laici

4) Masukkan susu cair dan kacau rata

5) Potong laici kecil-kecil dan masuk ke dasar bekas. Tinggal kan sedikit laici untuk hiasan di atas puding nanti.

6) Masukkan agar-agar tadi ke dalam bekas. Sebaik-baiknya tapis dulu agar-agar sebelum dimasukkan ke dalam bekas supaya agar-agar halus.

7) Buangkan segala buih-buih yang ada dengan berhati-hati untuk tekstur puding yang cantik.

8) Sejukkan agar-agar dahulu dengan suhu bilik. Then, baru masukkan ke dalam peti ais.

9) Siap! Ready untuk dimakan...


Selamat mencuba!



4 comments:

kocix! said...

waaaaaww..
bley try nih!
trimas!

HoNeYMaNjE (◡‿◡✿) said...

Same-same..=)

Amirah Suhana said...

i love it !

HoNeYMaNjE (◡‿◡✿) said...

Amirah : Yana pun suke gak! =)