Friday, August 26, 2011

Choc Chip Famous Amos



Assalamualaikum w.b.t


Sebelum ni ada share resepi biskut mozilla kan.. Silap! Biskut mazola. Penat tangan dok menguli wat biskut mazola ni. Aku ada wat untuk mak-mak sedara punye. Semua orang kata sedap! Thanx =).Cewahh.. Dah boleh buka kedai ni.. hehe.. Okay2 sekarang ni nak share lagi satu resepi biskut.. Biskut paling sedap lah ni. Parents aku cakap sedap sangat macam famous amos tu. Semerbak bau satu rumah masa bakar. seperti biasa resepi asalnya dari Kak Rai ney. Memang pandailah akak ney masak + cantik. Hehe.. Thanx Kak Rai!


Biskut Choc Chip Ala Famous Amos


Bahan-bahan A (satukan dalam mixer bowl) :

1) 1 biji telur
2) 3/4 cawan gula pasir
3) 3/4 cawan gula perang
4) 1 cawan butter (dilembutkan dalam suhu bilik)
5) 1 cawan minyak jagung
6) 1 sudu besar susu segar (nak perah terus dari lembu pun boleh. Kata fresh dari ladang.. haha)
7) 1 sudu besar esen vanilla

Bahan-bahan B (satukan semua) :

1) 4 1/2 cawan tepung gandum
2) 1 sudu kecil garam
3) 1 sudu kecil cream of tartar (serbuk)
4) 1 sudu kecil baking soda
5) 1/2 cawan walnut / badam cincang
6) 2 cawan choc chip ( nak letak 3 cawan pun boleh, lagi banyak lagi sedap!)


Cara-cara membuatnya :

1) Pukul bahan A sampai kembang

2) Bila dah kembang, satukan bahan-bahan A dan B

3) Kaup balikkan menggunakan senduk kayu / spatula hingga menjadi doh. Kemudian, rehatkan selama 1 jam dalam fridge supaya adunan tadi tak mencair masa dibentukkan.

4) Bulat-bulatkan doh tadi kemudian tekankan menggunakan garfu.

5) Bakar pada suhu 180 celsius selama 15-20 minit

6) Silalah jangan panik kalau kuarkan biskut tadi macam lembik sikit ke ape tau. Biarkan dia sejuk sendiri kat luar nanti dia akan mengeras =)


dah hasil yang aku buat..

.
.

.





Nampak sedap kan.. Memang sedap pun.. hehe..




Ni pulak biskut mazola yang aku wat sepanjang bulan puasa ney. Ada banyak lagi. Malas nak snap. 


So, korang semua boleh lah try cookies choc chip ala famous amos ney tau. Sedap sangat. Rangup!


Selamat Mencuba!


Burbyez semua!



No comments: