Saturday, August 27, 2011

Kampung + kucing


Assalamualaikum w.b.t


     Yeay! Sekarang ney ngah siap-siap. Dah nak balik kampung. Kampung kat Melaka je pun. Kucing-kucing gua pun angkut bawa balik kampung sekali. Barang-barang pun dah siap packing. Barang aku je dah 1 luggage. hehe.. Nak bagitau before this kalau aku balik kampung just bawa sekor kucing demok ney. Tapi, tahun ni aku bawak kucing yang lain pulak. I got a new kitten. Hehe.. Red boy namanya aka Dak Red.


Dak Red ney jumpa dalam enjin kereta ayah. Kesian dia. Tak tahulah macamne boley masuk dalam engine kereta. Nasib baik tak mati. Sekarang ni semua dalam family aku sayang dia ni except my 2nd sis. sebab dia tak suka kucing. 


Nilah dark Red


Ni pulak si demok!~


Dahlah nak balik kampung. Anyway nak ucap,


"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"



Balik kampung hati-hati ye semua. Jangan nakal-nakal!


Burbyez semua!


Friday, August 26, 2011

Choc Chip Famous Amos



Assalamualaikum w.b.t


Sebelum ni ada share resepi biskut mozilla kan.. Silap! Biskut mazola. Penat tangan dok menguli wat biskut mazola ni. Aku ada wat untuk mak-mak sedara punye. Semua orang kata sedap! Thanx =).Cewahh.. Dah boleh buka kedai ni.. hehe.. Okay2 sekarang ni nak share lagi satu resepi biskut.. Biskut paling sedap lah ni. Parents aku cakap sedap sangat macam famous amos tu. Semerbak bau satu rumah masa bakar. seperti biasa resepi asalnya dari Kak Rai ney. Memang pandailah akak ney masak + cantik. Hehe.. Thanx Kak Rai!


Biskut Choc Chip Ala Famous Amos


Bahan-bahan A (satukan dalam mixer bowl) :

1) 1 biji telur
2) 3/4 cawan gula pasir
3) 3/4 cawan gula perang
4) 1 cawan butter (dilembutkan dalam suhu bilik)
5) 1 cawan minyak jagung
6) 1 sudu besar susu segar (nak perah terus dari lembu pun boleh. Kata fresh dari ladang.. haha)
7) 1 sudu besar esen vanilla

Bahan-bahan B (satukan semua) :

1) 4 1/2 cawan tepung gandum
2) 1 sudu kecil garam
3) 1 sudu kecil cream of tartar (serbuk)
4) 1 sudu kecil baking soda
5) 1/2 cawan walnut / badam cincang
6) 2 cawan choc chip ( nak letak 3 cawan pun boleh, lagi banyak lagi sedap!)


Cara-cara membuatnya :

1) Pukul bahan A sampai kembang

2) Bila dah kembang, satukan bahan-bahan A dan B

3) Kaup balikkan menggunakan senduk kayu / spatula hingga menjadi doh. Kemudian, rehatkan selama 1 jam dalam fridge supaya adunan tadi tak mencair masa dibentukkan.

4) Bulat-bulatkan doh tadi kemudian tekankan menggunakan garfu.

5) Bakar pada suhu 180 celsius selama 15-20 minit

6) Silalah jangan panik kalau kuarkan biskut tadi macam lembik sikit ke ape tau. Biarkan dia sejuk sendiri kat luar nanti dia akan mengeras =)


dah hasil yang aku buat..

.
.

.





Nampak sedap kan.. Memang sedap pun.. hehe..




Ni pulak biskut mazola yang aku wat sepanjang bulan puasa ney. Ada banyak lagi. Malas nak snap. 


So, korang semua boleh lah try cookies choc chip ala famous amos ney tau. Sedap sangat. Rangup!


Selamat Mencuba!


Burbyez semua!



Thursday, August 25, 2011

Resepi Sotong Cinta Sayang


Assalamualaikum w.b.t

Hari ini nak share satu resepi untuk buka puasa nanti. Resepi 'Sotong Cinta Sayang'. Gempak kan nama masakan ni. Kau hado?? Hehe..resepi dari my mum. Sedap tau rasa macam ala-ala rendang gitu.


Bahan-bahan :

1) 6 ekor sotong
2) 5 biji bawang merah (dikisar)
3) 3 ulas bawang putih (dikisar)
4) Sedikit halia (dikisar)
5) Sedikit kunyit hidup (dikisar)
6) 1 batang serai (dikisar)
7) Cili mesin / cili boh
8) 1 keping asam gelugur / asam keping
9) 2 cawan santan pekat
10) Sedikit minyak, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya


Cara-cara membuat :

1) Bersihkan sotong, buang kulit luarnya dan sumbatkan kepalanya ke dalam badan sotong (optional). Nak potong-potong sotong tu pun boleh. My mum potong-potong sotong tu.

2) Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.

3) Masukkan santan pekat, biarkan mendidih dan kuah agak pekat.

4) Masukkan sotong, asam gelugur, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

5) Bila kuah agak pekat, angkat dan hidangkan.

dan

inilah hasilnya..

...

..

.




Selamat mencuba semua. =)


Burbyez semua!


Saturday, August 20, 2011

MY CONTEST : MY PET


Assalamualaikum w.b.t


Hari ni aku join satu contest. Contest my pet. Bukan selalu ada contest about haiwan kesayangan kita kan. Contest ni dari fyna.


Syarat-syarat :
1) Follow blog fyna
2) Buat satu entry yang bertajuk 'MY CONTEST : MY PET'
3) Letak banner di atas dan linkkan ke banner tersebut
4) Tag seorang sahaja

So, ni lah haiwan kesayangan satu family aku. Bela die ni dari kecil lagi. Kadang-kadang aku panggil die ni si gemok je. Sebab gemok sangat. Geramm! Lagi satu aku ni memang penggemar setia kucing lah senang cakap. Hehe..



Sayanggggggggg sangat-sangat ngan die ni. Ok lah that's all about my pet. Hope fyna suka! Hehe..

Anassuhada kamu di tag! =)


Burbyez semua!


Monday, August 15, 2011

Puding Laici


Assalamualaikum w.b.t


Lama tak menghapdate belog ni. Lately, aku tak sehat sikit. Mula-mula ingatkan kena demam denggi. Then, after ambil darah, rupa-rupanya demam virus. Teruk lah jugak. Demam seminggu + tiada selera makan + sakit-sakit belakang and sendi + ada bintik-bintik merah seluruh badan + kepala sakit macam nak hentak kepala kat dinding. Haha! Then, alhamdulillah dah sehat. Tinggal ada bintik-bintik merah je. 

Sekarang ni tinggal kan semua kisah duka daku itu. Haha! Kita cerita pasal puding laici. Bulan-bulan puasa ni lagi berselera bila nak buka puasa tu kan ada dessert. Hehe.. Nyum2.. Puding laici ni senang je kalau nak buat. Tutup mata pun boleh buat. Haha! Ok, aku tipu.. Kalau tutup mata buat tak jadi puding laici, jadi puding kirai! Huhu.. Resepi asalnya di sini. Kak Rai ni memang pandai masak.

Jom! Mari bersama-sama bersilat di dapur!

PUDING LAICI

Bahan-bahan :

2 tin laici (asingkan air & buah)

1 paket agar-agar strip 28 gm @ 10 gm agar-agar serbuk

1 tin susu cair (any brand) - 400mL -

2 cawan gula

2 liter air


Cara-cara membuatnya :


1) Basuh bersih agar-agar dan toskan. Masakkan agar-agar bersama 2 liter air sehingga larut dan mendidih.

2) Masukkan gula selepas semua agar-agar tadi telah larut. Biarkan mendidih.

3) Kemudian, tutupkan api. Masukkan air laici

4) Masukkan susu cair dan kacau rata

5) Potong laici kecil-kecil dan masuk ke dasar bekas. Tinggal kan sedikit laici untuk hiasan di atas puding nanti.

6) Masukkan agar-agar tadi ke dalam bekas. Sebaik-baiknya tapis dulu agar-agar sebelum dimasukkan ke dalam bekas supaya agar-agar halus.

7) Buangkan segala buih-buih yang ada dengan berhati-hati untuk tekstur puding yang cantik.

8) Sejukkan agar-agar dahulu dengan suhu bilik. Then, baru masukkan ke dalam peti ais.

9) Siap! Ready untuk dimakan...


Selamat mencuba!