Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #1



Assalamualaikum w.b.t


Hye semua!





Burbyez semua!


Kami di UMK Kelantan



Assalamualaikum w.b.t


Hye semua!



Hari ini adalah hari entry bergambar. Hehe.. Sebelum ni dah bagitau semua kan yang aku dengan kawan-kawan pergi main gamelan untuk konvokesyen UMK Kelantan. So, I dah dapat pixca dari official photographer dari unit kebudayaan UTM JB. Gaya cakap macam retiss kau.. Huhu..








Kusyuk kot muka aku time ngah main gamelan.. Alat yang aku main tu namanya peking.


Last but not least,



dari aku,
thanx kepada sesiapa yang sudi baca belog ini..


Burbyez semua!


Monday, September 12, 2011

Johor ke Kelantan



Assalamualaikum w.b.t


Hye semua!


        Tadi baru je lepas habis buat show kat Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTM Skudai ada perasmian perfume diraja. Hebat tak? Hebat tak? hehe.. Aku buat persembahan gamelan je pun. Tu pun iring Sultan Johor je.. Pastu, pastu nak story sikit from this friday until tuesday I takda.. going to Kelantan! Naik train. Jeles tak? hehe.. 

Aku pergi pun sebab team gamelan kami di jemput oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk memeriahkan konvokesyen diorang (chewahh!). Haish! Bila lah nak rasa konvo pulak.. hehe.. Agak-agak korang semua kan naik train best tak??? Takut tak?? Ada tak yang tahu, sila angkat tangan! Cepat! Dahlah, nak rest. Petang nanti ada kelas lagi. Kelas aerobik! Eh, salah-salah..hehe..Kelas separation process..



Burbyez semua!



p/s : Rindu someone that I couldn't forget all about him.. =(


Sunday, September 11, 2011

Berita Terkini

Assalamualaikum w.b.t


Hye semua!



Sekarang ni sudah berada di UTM Skudai. Penat gila sebab angkat barang yang sangat banyak. Peluh sampai berbaldi-baldi. Okay fine, aku tipu je. hehe.. Next week dah start new sem. Dahlah, nak rest pulak. Sakit-sakit pinggang. Ada sesiapa nak datang bilik aku?? Open Room. Selalu open house kan, tapi ni open room.. Hahaha.. 


Burbyez semua!


Saturday, September 10, 2011

Balik UTM = Bosan



Assalamualaikum w.b.t


Hye semua!



Esok dah nak balik UTM. Dah start new sem and I'm 3rd year student right now! hehe.. Barang-barang pun dah siap packing. Malas je rasa nak balik. Mood tak ready nak study lagi. Nanti mesti rindu kucing-kucing aku yang kiut miut tu. 


Rindu pada mereka ini



dan

.
..


...


rindu pada yang ini juga!





Burbyez semua!


Thursday, September 08, 2011

Apabila Kucing Balik Kampung Naik Kereta




Assalamualaikum w.b.t


Hye semua!



Gelagat  my cats bila balik kampung naik kereta. Layan gambar lah =)














Comey tak?? =)


Burbyez semua!

Interview Biasiswa

Assalamualaikum w.b.t



Hye semua!


Hari ini just nak cerita time aku pergi interview biasiswa. Dah nak habis belajar barulah nak mintak biasiswa. Dalam pukul 2 pm ngah syok-syok makan fries kat McD ngan family tetibe aku dapat call. aku pun angkat lah..

Aku : Hello, assalamualaikum.
Kerani : Hello, waalaikumussalam. Ni Liyana ke? Ni Kak Amalina dari Yayasan Munarah. Adik free tak petang ni? Ingat akak nak letak nama adik interview biasiswa petang ni dalam kul 3 ptg.
Aku : Ye, ni Liyana. Boleh, saya free. Nak kana pakai baju apa ea kak? 
Kerani : Pakai baju yang sopan lah. Akak letak nama Liyana kul 3.15 ye. Terima kasih. Bye.
Aku : Okay! Sama-sama. Bye.

Tak nak cuak pulak kan aku. Gelabah kot. Dahlah tak prepare pape. Baju tak gosok lagi. Terus je aku tak ada selera makan. Haha.. Cepat-cepat balik rumah. Salin baju. Nervous tak payah ingat lah kan. Sampai je kat Royal Adelphi Hotel, dup dap dup dap jantunh aku.

Yayasan Munarah ni macam tabung pendidikan kerabat diraja NS lah @ bantuan pendidikan untuk anak-anak Negeri sembilan. Dan yang paling penting salah seorang interviewer nya adalah YAM Tunku Zain Al'Abidin Ibni Tuanku Muhriz tapi waktu aku hari itu Datuk Fuad yang interview aku. Semuanya berjalan lancar. Insyaallah dapat biasiswa tu. Bak kata Datuk Fuad result aku kena maintain every sem kalau tak dia tarik balik biasiswa tu. Hehe..


Yang kanan sekali lah YAM Tunku Zain Al'Abidin Ibni Tuanku Muhriz


Burbyez semua!


Wednesday, September 07, 2011

Raya 2o11

Assalamualaikum w.b.t


Hye semua!

       Rasa dah lama aku tinggalkan belog ni. Orang lain dah semua habis buat entry raya, ko baru nak buat. Raya tahun ni paling best sekali sebab semua ahli family aku ada. Adik aku pun ada tahun ni. Maybe, next-next raya dah tak balik Malaysia =( sebab tambang dah mahal. Makin sedih lah mak ayah aku nanti time raya. Seperti biasa tahun ni aku jugak yang anyam ketupat! Berita paling gembira bila aku dah pandai menganyam ketupat bawang. Hebat tak?? Hehe.. Tak sempat nak snap gambar.

Raya pertama all my family sedondon, warna biru. Tapi, adik aku yang sorang lain sikit biru nye. Hehe.. Sian die. Semua orang cakap suruh crop gambar die sebab cacatkan gambar. Hehe.. Dahlah tahun ni die last raya ngan kiteorang. Seperti biasa raya di Melaka. Kedua-dua atok and nenek aku pun kat Melaka gak! So senang balik raya, dekat. Tak ada adegan gadoh-gadoh nak balik kampong.. hehe..


with my family =) Biru kan..


 with my kazen, maklong and kak Sarti


 with my little sis =)


with my mum =)


my atok sebelah mak, yang baju biru tu of coz lah ayah aku.. Hehe..


Ni pulak nenek sebelah mak.. Muka sangat berminyak! Adoyaii..


Ni pulak atuk dan nenek sebelah ayah.. Dah petang waktu ni baru pergi raya rumah atok and nenek sebelah ayah dekat je pun..



Raya kedua pulak jalan-jalan rumah mak-mak sedara.. Satu kuala pilah aku konvoi.. hehe.. Tak dapat jalan sangat coz rumah nenek ramai sangat orang datang. Diorang suka datang rumah kiteorang sebab acar nenek aku buat paling sedap sekali + ada rendang itik! Seyes sedap! Siap ada tetamu datang bawak balik bekal.. Hehe.. Besok tu pulak my mum buat mee bandung seperiuk. Makin gemoks lah aku.. Huhu..
Pape pun, raya tetap best dapat duet raya! =)



Burbyez semua!

Saturday, August 27, 2011

Kampung + kucing


Assalamualaikum w.b.t


     Yeay! Sekarang ney ngah siap-siap. Dah nak balik kampung. Kampung kat Melaka je pun. Kucing-kucing gua pun angkut bawa balik kampung sekali. Barang-barang pun dah siap packing. Barang aku je dah 1 luggage. hehe.. Nak bagitau before this kalau aku balik kampung just bawa sekor kucing demok ney. Tapi, tahun ni aku bawak kucing yang lain pulak. I got a new kitten. Hehe.. Red boy namanya aka Dak Red.


Dak Red ney jumpa dalam enjin kereta ayah. Kesian dia. Tak tahulah macamne boley masuk dalam engine kereta. Nasib baik tak mati. Sekarang ni semua dalam family aku sayang dia ni except my 2nd sis. sebab dia tak suka kucing. 


Nilah dark Red


Ni pulak si demok!~


Dahlah nak balik kampung. Anyway nak ucap,


"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"



Balik kampung hati-hati ye semua. Jangan nakal-nakal!


Burbyez semua!


Friday, August 26, 2011

Choc Chip Famous Amos



Assalamualaikum w.b.t


Sebelum ni ada share resepi biskut mozilla kan.. Silap! Biskut mazola. Penat tangan dok menguli wat biskut mazola ni. Aku ada wat untuk mak-mak sedara punye. Semua orang kata sedap! Thanx =).Cewahh.. Dah boleh buka kedai ni.. hehe.. Okay2 sekarang ni nak share lagi satu resepi biskut.. Biskut paling sedap lah ni. Parents aku cakap sedap sangat macam famous amos tu. Semerbak bau satu rumah masa bakar. seperti biasa resepi asalnya dari Kak Rai ney. Memang pandailah akak ney masak + cantik. Hehe.. Thanx Kak Rai!


Biskut Choc Chip Ala Famous Amos


Bahan-bahan A (satukan dalam mixer bowl) :

1) 1 biji telur
2) 3/4 cawan gula pasir
3) 3/4 cawan gula perang
4) 1 cawan butter (dilembutkan dalam suhu bilik)
5) 1 cawan minyak jagung
6) 1 sudu besar susu segar (nak perah terus dari lembu pun boleh. Kata fresh dari ladang.. haha)
7) 1 sudu besar esen vanilla

Bahan-bahan B (satukan semua) :

1) 4 1/2 cawan tepung gandum
2) 1 sudu kecil garam
3) 1 sudu kecil cream of tartar (serbuk)
4) 1 sudu kecil baking soda
5) 1/2 cawan walnut / badam cincang
6) 2 cawan choc chip ( nak letak 3 cawan pun boleh, lagi banyak lagi sedap!)


Cara-cara membuatnya :

1) Pukul bahan A sampai kembang

2) Bila dah kembang, satukan bahan-bahan A dan B

3) Kaup balikkan menggunakan senduk kayu / spatula hingga menjadi doh. Kemudian, rehatkan selama 1 jam dalam fridge supaya adunan tadi tak mencair masa dibentukkan.

4) Bulat-bulatkan doh tadi kemudian tekankan menggunakan garfu.

5) Bakar pada suhu 180 celsius selama 15-20 minit

6) Silalah jangan panik kalau kuarkan biskut tadi macam lembik sikit ke ape tau. Biarkan dia sejuk sendiri kat luar nanti dia akan mengeras =)


dah hasil yang aku buat..

.
.

.





Nampak sedap kan.. Memang sedap pun.. hehe..




Ni pulak biskut mazola yang aku wat sepanjang bulan puasa ney. Ada banyak lagi. Malas nak snap. 


So, korang semua boleh lah try cookies choc chip ala famous amos ney tau. Sedap sangat. Rangup!


Selamat Mencuba!


Burbyez semua!



Thursday, August 25, 2011

Resepi Sotong Cinta Sayang


Assalamualaikum w.b.t

Hari ini nak share satu resepi untuk buka puasa nanti. Resepi 'Sotong Cinta Sayang'. Gempak kan nama masakan ni. Kau hado?? Hehe..resepi dari my mum. Sedap tau rasa macam ala-ala rendang gitu.


Bahan-bahan :

1) 6 ekor sotong
2) 5 biji bawang merah (dikisar)
3) 3 ulas bawang putih (dikisar)
4) Sedikit halia (dikisar)
5) Sedikit kunyit hidup (dikisar)
6) 1 batang serai (dikisar)
7) Cili mesin / cili boh
8) 1 keping asam gelugur / asam keping
9) 2 cawan santan pekat
10) Sedikit minyak, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya


Cara-cara membuat :

1) Bersihkan sotong, buang kulit luarnya dan sumbatkan kepalanya ke dalam badan sotong (optional). Nak potong-potong sotong tu pun boleh. My mum potong-potong sotong tu.

2) Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.

3) Masukkan santan pekat, biarkan mendidih dan kuah agak pekat.

4) Masukkan sotong, asam gelugur, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

5) Bila kuah agak pekat, angkat dan hidangkan.

dan

inilah hasilnya..

...

..

.




Selamat mencuba semua. =)


Burbyez semua!


Saturday, August 20, 2011

MY CONTEST : MY PET


Assalamualaikum w.b.t


Hari ni aku join satu contest. Contest my pet. Bukan selalu ada contest about haiwan kesayangan kita kan. Contest ni dari fyna.


Syarat-syarat :
1) Follow blog fyna
2) Buat satu entry yang bertajuk 'MY CONTEST : MY PET'
3) Letak banner di atas dan linkkan ke banner tersebut
4) Tag seorang sahaja

So, ni lah haiwan kesayangan satu family aku. Bela die ni dari kecil lagi. Kadang-kadang aku panggil die ni si gemok je. Sebab gemok sangat. Geramm! Lagi satu aku ni memang penggemar setia kucing lah senang cakap. Hehe..



Sayanggggggggg sangat-sangat ngan die ni. Ok lah that's all about my pet. Hope fyna suka! Hehe..

Anassuhada kamu di tag! =)


Burbyez semua!


Monday, August 15, 2011

Puding Laici


Assalamualaikum w.b.t


Lama tak menghapdate belog ni. Lately, aku tak sehat sikit. Mula-mula ingatkan kena demam denggi. Then, after ambil darah, rupa-rupanya demam virus. Teruk lah jugak. Demam seminggu + tiada selera makan + sakit-sakit belakang and sendi + ada bintik-bintik merah seluruh badan + kepala sakit macam nak hentak kepala kat dinding. Haha! Then, alhamdulillah dah sehat. Tinggal ada bintik-bintik merah je. 

Sekarang ni tinggal kan semua kisah duka daku itu. Haha! Kita cerita pasal puding laici. Bulan-bulan puasa ni lagi berselera bila nak buka puasa tu kan ada dessert. Hehe.. Nyum2.. Puding laici ni senang je kalau nak buat. Tutup mata pun boleh buat. Haha! Ok, aku tipu.. Kalau tutup mata buat tak jadi puding laici, jadi puding kirai! Huhu.. Resepi asalnya di sini. Kak Rai ni memang pandai masak.

Jom! Mari bersama-sama bersilat di dapur!

PUDING LAICI

Bahan-bahan :

2 tin laici (asingkan air & buah)

1 paket agar-agar strip 28 gm @ 10 gm agar-agar serbuk

1 tin susu cair (any brand) - 400mL -

2 cawan gula

2 liter air


Cara-cara membuatnya :


1) Basuh bersih agar-agar dan toskan. Masakkan agar-agar bersama 2 liter air sehingga larut dan mendidih.

2) Masukkan gula selepas semua agar-agar tadi telah larut. Biarkan mendidih.

3) Kemudian, tutupkan api. Masukkan air laici

4) Masukkan susu cair dan kacau rata

5) Potong laici kecil-kecil dan masuk ke dasar bekas. Tinggal kan sedikit laici untuk hiasan di atas puding nanti.

6) Masukkan agar-agar tadi ke dalam bekas. Sebaik-baiknya tapis dulu agar-agar sebelum dimasukkan ke dalam bekas supaya agar-agar halus.

7) Buangkan segala buih-buih yang ada dengan berhati-hati untuk tekstur puding yang cantik.

8) Sejukkan agar-agar dahulu dengan suhu bilik. Then, baru masukkan ke dalam peti ais.

9) Siap! Ready untuk dimakan...


Selamat mencuba!



Wednesday, June 15, 2011

Biskot Kekacangan. . .


Dah lama rasenya tak update belog. Sejak balik rumah lupa segala-galanya. Dah lame kan tak balik rumah. Hehe.. balik rumah je rase rajin sikit nak masak2 ney. Last weekend, aku and adik buatlah 1 biskot ney. Biskot kacang aku panggil. Sedap biskot ney.. Senang je buat biskot ney..

Resepi biskut mazola

Bahan-bahannya adalah :


400gm kacang tanah yang telah digoreng(tanpa minyak),dibuang kulit dan dikisar kering
400gm tepung gandum
200gm gula pasir (dikisar kering)
1 botol minyak mazola/minyak jagung yang kecil (tapi tak guna semua)
3 biji Kuning telur untuk disapu pada biskut
kacang goreng(hias)


Neylah kacang after dikisar


Ney pula, gula after dikisar.. Halus macam tepung..

Cara-cara nya :

1.Gaul rata tepung + gula + kacang
2. Masukkan minyak mazola/minyak jagung sedikit demi sedikit... jangan tuang sekali. agak2.



3. Gaul dan uli hingga menjadi doh yang boleh diterap.. kalau masih belum melekat,tambah kan minyak lagi sedikit demi sedikit.. kalau terlembik pula.. jangan panik, tambah sahaja tepung sedikit demi sedikit..

.
4. Terap menggunakan acuan yang disukai


5. Bubuh kacang di tengah2 biskut


6. Sapu kuning telur
7. Bakar pada suhu 180 celsius selama 10-15 minit.

Tadaa... =)


Neylah hasilnya.. Agak2 boleh wat jual tak untuk hari raya tahun ney??
hehe...

Aku belaja dari sini Rihannaidzmi..
Thanx sangat.. Banyak resepi di belog beliau...

Burbyez...